salam...
entri kali ini saya ingin berkongsi beberapa fakta mengenai diabetes atau kencing manis
apakah itu Diabetes?
Diabetes Mellitus adalah satu keadaan penyakit di mana aras gula darah (glukosa) telah melebihi paras normal.Ini disebabkan oleh kekurangan hormon insulin di dalam darah atau insulin yang ada tidak lagi berkesan. Aras normal gula darah ialah di antara 4.4 hingga 8.0 mmol/L.
Jenis-jenis Diabetes
1. Diabetes Mellitus Jenis 1- perlu suntikan insulin setiap hari
2. Diabetes Mellitus Jenis 2- tidak semestinya memerlukan insulin tetapi dapat dikawal melalui pemakanan dan senaman.
Faktor Penyebab Diabetes jenis 2
1. berumur 35 tahun ke atas
2. keturunan
3. obesiti
4. Jarang bersenam
5. Diabetes semasa hamil
Dibetes yang tidak terkawal berkemungkinan mendapat komplikasi berikut:
1. sakit jantung
2. kerosakan buah pinggang
3. luka lambat sembuh
4. kerosakan saraf
5. kebutaan
Tips pengawalan diabetes
1. amalkan pemakanan yang betul
2. bersenam
3. ambil ubat diabetes dengan betul
4. periksa gula dalam darah anda selalu
No comments:
Post a Comment